Sunday, March 14, 2010

Jangan Pergi ke KLCC ketika Cuti Sekolah

Pelajaran hari ini (dan semalam): Jangan pergi ke KLCC ketika Cuti Sekolah jika anda seorang "crowdphobic" (tidak suka keadaan sesak). Sana sini penuh orang. Pandang kanan: sesak, pandang kiri:sesak.

Paling hampa bila tidak dapat menikmati keadaan tenang ketika makan.!

Ingatlah wahai diri: Jika cuti sekolah jangan pergi ke KLCC.

Pergilah ke masjid ataupun surau. Atau boleh juga pergi ke perpustakaan awam.

Monday, March 8, 2010

Too Ugly

Too ugly to be upholded
Too kind to be cheerished
Too late to be ignored
Too good to be true
Bestfriend.

Wednesday, March 3, 2010

Pemasaran Lubang Hitam

Pemasaran Lubang Hitam:
1- Fokus pada core group; Hyper responsive buyer
why: pareto rule: 20% of buyer = 80% of profit, 5% of hyper responsive = 40% of profit!
2- This core group are enthusiastic and will induce others, they will be the seed for blackhole
3- Thus, focus more resource on benih lubang hitam, it will grow larger

testing pingbacks/trackback on adwords link.

Adwords category

Adwords: Bang! <-- fast track to use the adwords and tips
Adwords basic <--- all those history and acronym
Adwords advance <--- emotional / tracking /taguchi method.

Adwords: Setiap Katakunci adalah lebuhraya yang tersendiri!

Setiap katakunci yang menjadi sasaran kita adalah unik kepada perkataan itu sendiri. Setiap perkataan yang menjadi katakunci membawa makna yang tersendiri kepada pengguna google yang melakukan carian. Malah, dalam bahasa inggeris telah dibuktikan bahawa mereka yang melakukan carian dengan katakaunci "horse" mempunyai mindset yang berbeza dengan mereka melakukan carian dengan menggunakan katakunci "horses". Oleh yang demikian, kesesuaian iklan dan produk juga tentu berbeza untuk setiap katakunci.

Lebih mudah untuk kita menggunakan analogi papan iklan di lebuhraya. Setiap katakunci yang kita ingin sasarkan ibarat lebuhraya yang berbeza setiap satu. Ada yang menghala ke utara, ke timur. Ada lebuhraya yang dekat dengan bandar ada pula yang dekat dengan kawasan peranginan. oleh yang demikian, pengiklan seharusnya melakukan kajian sebelum dan selepas meletakkan iklan di lebuhraya yang dirasakan sesuai dengan tujuan iklan tersebut.

Contohnya lebuhraya "perniagaan internet" lebih sesuai untuk iklan yang berciri formal dan korporat. Ini kerana perkataan "perniagaan" adalah perkataan yang biasa digunakan dalam bahasa formal. Berbanding dengan lebuhraya "bisnes internet" yang mana lebih sesuai dengan bahasa iklan yang tidak formal. Pengguna lebuhraya "bisnes internet" juga lebih bersifat baru hendak bermula dan bersifat DIY berbanding pengguna lebuhraya "perniagaan internet".

Oleh yang demikian, bahasa iklan dan produk tidak semestinya sama untuk setiap katakunci.

Antara kesilapan pengguna baru perkhidmatan Google Adwords adalahgemar mengambil langkah mudah dengan hanya menggunakan satu atau dua iklan untuk sekumpulan besar katakunci.

Ini ibarat kita menggunakan iklan yang sama untuk pengguna lebuhraya "bisnes internet" yang tidak formal dengan pengguna lebuhraya "perniagaan internet" yang formal. Kemgunkinan besar pengguna lebuhraya "perniagaan internet" tidak akan berminat sama sekali dengan iklan kita. ini satu kerugian yang besar kerana setiap iklan kita hendaklah menarik perhatian pengguna carian google sehingga mereka mengklik iklan kita dan seterusnya membeli produk yang kita tawarkan.

Bagi mengatasi masalah ini, kita harus menghasilkan adgroup dan iklan tersendiri bagi setiap katakunci yang berasingan. Ini dengan sendirinya akan menetapkan minda kikta bahawa setiap katakunci adalah berlainan penggunanya dan seterusnya memfokuskan iklan kita dengan lebih tepat.

Kelebihan teknik ini adalah:

1: Menjadikan iklan kita sangat relevan dengan katakunci kita
2: Menjadikan pengguna lebih mudah dipengaruhi dengan iklan kita
3: Meningkatkan CTR iklan kita dan seterusnya merendahkan harga setiap klik (CPC) iklan tersebut.

bagi mereka yang mempunyai sumber yang lebih besar, paling sempurna jika setiap iklan tadi dicuba dengan teknik A/B Split testing dengan menjalankan percubaan berbeza tentang tajuk iklan, ayat baris pertama, ayat baris kedua malah alamt laman web yang didisplay juga boleh memain peranan yang penting.

Tuesday, March 2, 2010

Headphone lagi sedap daripada speaker notebook

Ya, pengajaran hari ini adalah semurah-murah headphone lebih sedap lagi daripada semahal-mahal notebook speaker. Dah guna dah cuba. Jangan buat silap lagi.

(Dan sepaker DOLBY HOME THEATER pada notebook Acer Aspire 4740 sangat tidak sedap! Tahap sampah.)

Situasi hari ini: sangat kurang fokus dalam buat kerja. Hanya 10% kerja sahaja siap dilakukan. Hampeh.
Cadangan pembaikan: Esok buka sahaja laptop terus buat kerja. Selepas siap baru buka Facebook! Tulis kandungan blog selepas waktu kerja atau selepas subuh. Mudah!

Kerja tertangguh: Fikirkan idea produk internet marketing. Setakat ini yang diminati adalah:
  1. Bina website. Ini cinta hati. Tidak mungkin boleh ditukar ganti. Produk yang mungkin boleh dicipta: produk bina website ala sharksurf tetapi dengan twist yang tersendiri. Cantik!
  2. SEO. Ini cinta hati kedua. Satu sahaja idea yang terbit daripada SEO: servis meningkatkan ranking. Tetapi kelihatannya seperti memakan masa. Tidak mengapa, nanti kita rujuk kembali.
  3. Adwords.