Penerbit buku sedang berdepan dengan cabaran besar abad ini: dunia digital. Dunia digital sentiasa menghantui mereka yang berada dalam industri media bermula dari industri muzik, video dan kini buku. Digital telah menggegarkan dan mengubah dunia media sehingga menjadi apa yang kita lihat kini.
Adakah digital memberi ancaman kepada penerbit buku?
Untuk memahami dengan lebih lanjut kita harus memahami dahulu apakah bisnes sebuah syarikat penerbitan buku.
Syarikat penerbitan buku adalah satu badan yang menerbitkan bahan bacaan dalam bentuk buku. Model bisnesnya berkisar kepada mencari bakat dalam penulisan, mendapatkan hak mengedar penulisan tersebut, dan menjual buku yang telah dicetak berdasarkan penulisan tadi kepada pihak pengedar ataupun terus kepada pekedai dan pembaca.
Daripada model bisnes di atas kita dapat lihat banyak pihak yang terlibat sebelum buku tadi tiba di tangan pembaca. Berikut adalah plihak yang terlibat:
- Penulis
- Penerbit
- Editor
- Artis grafik
- Pencetak
- Pengedar
- Pekedai
- Pembeli/pembaca
Orang-orang bukan industri biasanya beranggapan pihak yang terlibat adalah seperti berikut:
- Penulis
- Orang tengah
- Orang tengah yang tidak ada taste
- Pelukis yang tidak faham roh cerita
- Kroni penerbit
- India muslim
- Mamak
- Pembaca yang bijaksana.
Ini perspektif realiti yang banyak dibaca di blog yang kurang popular. Kita boleh lihat bahawa terdapat kebencian yang terpendam oleh peminat fanatik penulis ini. Terbaru adalah kontroversi novel menjadi wayang ombak rindu seperti yang dinyatakan oleh pihak penerbitnya sendiri (yang mana ia boleh dipertikaikan jika dilihat dari perspektif lain pula).
Namun hakikatnya setiap penerbit memerlukan 2 tenaga yang penting tetapi kerap bekerja diam-diam disebalik sebuah kejayaan satu karya. Mereka adalah jabatan pemasaran dan juga jabatan jualan.
Mereka inilah the unsung hero yang membawa dan mengangkat satu satu buku itu menjadi sebuah bestseller. Tanpa mereka, buku bestseller tidak akan dijumpai peminat yang besar dan akibatnya tiada title bestseller pada buku tersebut. Faktor editorial dan kaver buku memikat pembaca yang baru mengenali, pemasaran pula meletakkan tajuk buku tersebut sebelum pembaca kekedai buku lagi.
Kita semak semula pihak yang terlibat dalam kejayaan sebuah buku tadi:
- Penulis menulis karya
- Penerbit mengesan karya tersebut dan dijangkakan bestseller mengikut trend semasa. Penerbit membuat pernjanjian untuk menerbitkan karya tadi.
- Editor menyemak cerita dan tatabahasa agar selaras dengan panduan daripada kerajaan dan kualiti yang ditetapkan syarikat.
- Artis grafik mengindahkan karya tersebut dengan bentuk dan rupada serta warna yang mengancam jiwa kalbu
- Pencetak mencetak buku tersebut mengikut spesifikasi penerbit.
- Pemasaran mewar-warkan buku tersebut pada media
- Media melaporkan dan membuat coverage buku tersebut. Buzz.
- Penjual meyakinkan kedai buku untuk menjual buku tadi.
- Kedai menerima stok dan memaparkan buku tadi untuk jualan.
- Pembeli terlihat buku tersebut dan terpikat untuk membelinya.
- Pekedai memulangkan semula buku yang tidak laku kepada penerbit.
Daripada proses tersebut kita dapat lihat akan timbul pelbagai isu yang boleh menghalang buku tersebut daripada tidak terjual dengan laku keras. Juga faktor yang meningkatkan harga buku sehingga mencecah pulihan ringgit.
Peminat penulis tadi berasa bahawa dunia digital mampu memberi lebih kepuasan kerana ia akan menghilangkan ramai orang tengah yang menghalang mereka daripada menikmati karya penulis kesayangan mereka. Namun harus diakui masih terdapat beberapa pihak yang menjadi orang tengah dalam proses penghasilan dan penjualan buku digital. Proses penjualan buku digital secara kasar adalah seperti di bawah
- Penulis menulis karya
- Penerbit mengesan karya bestseller. But perjanjian penerbitan buku digital
- Editorial
- Artis grafik
- Memasukkan buku ke dalam pekedai online
- Pemasaran mewar-warkan buku
- Pembeli membeli buku
Ya, kos cetakan diikuti kos logistik dan kos gudang sudah tiada! Maka seharusnya harga menjadi lebih murah. Namun ia tidak berlaku. Terdapat 2 faktor berkait:
- Kos cetakan per buku adalah rendah
- Kos memasukkan buku ke kedai online adalah tinggi.
Kos cetakan buku sebenarnya adalah rendah untuk satu-satu buku. Ia biasanya hanya mencakupi 20% daripada harga buku. Namun harga tersebut meningkat jika ditambah kos pergudangan, kos logistik, kos pemasaran dan kos pemulangan semula buku. Kosnya boleh meningkat sehingga 40% untuk satu buku jika tidak kena gaya.
Ini bermaksud untuk buku digital segala kos 40% tadi boleh dijimatkan dan disalurkan penjimatan tersebut kepada pembeli dengan mrendahkan harga jualan. Namun apa yang terjadi adalah rata-rata pekedai online mengenakan cas 50% daripada harga jualan yang tertera pada kulit buku! Ini lebih tinggi daripada kos keseluruhan jualan bercetak!
Ada juga kedai buku online yang mengenakan sehingga 70% kos kemasukan rak online.
Maka sebenarnya penerbit menghadapi kemungkinan rugi jangkamasa pendek untuk jualan kedai online. Untuk jangkamasa panjang ada kemungkinan untuk jualan melepasi had breakeven.
Oleh yang demikian semakin banyak kita dengar strategi penulis untuk menulis dan menerbitkan secara sendiri buku-buku mereka terus ke dalam kedai online. Pedulikan penerbit yang hanya mahu untung sahaja!
Ini strategi yang boleh dilakukan oleh penulis sekarang kerana banyak pekedai online ini menyediakan ruang untuk penulis menerbitkan sendiri karya terus dengan mereka.
Namun penulis harus mengambil perhatian bahawa kini pekedai tadi hanyalah pekedai yang menjual buku anda, bukannya penerbit anda. Penulis perlu peka dengan kontrak yang ditandatangani. Penulis kini perlu juga menjadi editor yang memastikan kualiti karya mereka agar selaras dengan panduan pihak berkuasa. Penulis juga kini memakai topi artis grafik kerana perlu menghasilkan kaver yang bermutu dan menjual untuk muka depan karya mereka. Penulis juga perlu memakai topi pemasaran dalam memasarkan karya mereka kepada saluran pemasaran yang bersesuaian.
Memang seronok memakai topi-topi di atas, tetapi ia memenatkan untuk jangkamasa panjang.
Malah jika semua penulis menerbitkan sendiri karya mereka maka akan berlaku lambakan buku di pasaran dengan kualiti yang tidak dijamin oleh sesiapa.
When supply increase and demand stay the same then the price will drop. Hard.
Sudahlah memakai pelbagai topi, kini harga jualan perlu diturunkan lagi demi mengikuti permintaan yang semakin menurun.
Oleh yang demikian, peranan penerbit sebagai brand yang dipercayai untuk menhidangkan karya-karya yang memenuhi citarasa peminat akan lebih berguna kepada penulis khususnys penulis baru.
Peranan penerbit era buku digital kelak adalah mengesan dan mengetengahkan karya-karya penulis yang selari dengan brand dan permintaan peminat brand penerbitan tersebut. Penerbit sudah boleh benar-benar memfokuskan pasaran long tail berbanding pasaran mainstream yang dipegang sekarang.
Penerbit boleh menjadikan kedai buku digital sebagai batu loncatan untuk mengesan karya yang bakal bestseller berdasarkan permintaan peminat dan seterusnya mencetak karya penulis tadi agar dapat disebarluaskan kepada masyarakat umum.
Penulis hanya perlu tulis dan hasilkan karya yang dingini, kerana dalam teori long tail setiap karya ada peminatnya/pembelinya yang tersendiri. Dalam jangkamasa panjang, karya tadi akan menghasilkan pulangannya sendiri tidak kira dari segi wang ringgit mahupun kepuasan sebagai seorang penulis yang semestinya mahu karya mereka menemui pembaca yang menerima.
Rumusan:
- Penerbit masih relevan dalam dunia buku digital.
- Kos rak online sama/lebih mahal daripada kos cetak.
- Pekedai online suka penulis terbit sendiri buku.
- Penulis baru sukar bersaing.
- Penerbit sebagai brand karya berfungsi membantu penulis ditemui peminat.
- Penerbit membantu banyak hal bukan penulisan dalam memastikan kejayaan karya.