Indahnya hari ini bila diserikan dengan satu pendekatan yang segar oleh tim Stripe. Stripe adalah startup yang sama bidang dengan Paypal. Mereka menyediakan perkhidmatan pembayaran online dan berfungsi sama seperti Paypal. Yang membezakan mereka adalah komitmen mereka kepada 'customer service'.
Kebanyakan customer service syarikat bertindak bagai 'ubat' setelah sakit. Maksudnya bila ada pembeli yang mengalami masalah barulah mereka berhubung dengan pihak penjual/syarikat. Pada yang lebih canggih, mereka mungkin ada facebook, twitter dan media sosial yang lain. Lain pula dengan Sprite, mereka ada chatroom terbuka!
Dan chatroom itu pula dihuni oleh mereka yang benar-benar tahu tentang servis dan produk mereka. Mereka tiada petugas khas 'customer service'. Tetapi kesemua mereka adalah customer servis! Daripada CEO, Marketing sehingga kepada Developer sistem tersebut ada di chatroom sokongan tadi. Malahan chatroom tersebut begitu meriah dengan interaksi tentang pelbagai perkara. Daripada soalan-soalan strategik (bila Stripe akan dibuka untuk pengguna Malaysia? <-- saya yang tanya.. :) ) sehingga kepada soalan teknikal (Bagaimana mahu memasang SSL dalam server saya <-- bukan saya yang tanya... :D ) semuanya dijawab dengan jelas oleh tim Stripe.
Tahniah Stripe!
Jika Semut Pro dilancarkan kelak akan saya ikut jejak langkah customer service seperti begini!
Dan tolonglah buka Stripe kepada pengguna Malaysia secepat mungkin!
No comments:
Post a Comment