Namun satu perkara yang menarik dalam laporan tersebut adalah kemunculan satu CMS baru yang semakin meningkat naik dengan pantas: Concrete5. Saya klik, saya baca dan saya jatuh cinta!

Itu baru baca segala artikel/content dalam laman web mereka, belum mencuba pun lagi. Akan saya cuba secepat mungkin dan laporkannya kepada dunia!
Daripada bacaan saya, dapatan utama adalah Concrete5 akan mampu menguasai dunia CMS kerana ia menguasai 3 penduduk asal CMS, iaitu Pemilik Laman Web (Site Owner), Pembangun Laman Web (Developer) dan Desainer Laman Web (Web Designer). Ini adalah 3 kelas penduduk yang menguasai tanah CMS seluruh dunia. Ia juga bagai 3 parti politik yang mempunyai kuasa yang seimbang dan bertindak sebagaimana parti politik yang lain: bergaduh dan berselisih pendapat, tetapi terpaksa bekerjasama demi kepentingan masing-masing.
Concrete5 dikatakan memfokus pada 3 jenis pengguna ini, dan daripada pengalaman dapat dirumuskan ini adalah strategi yang betul. Tidak, ini adalah satu-satunya strategi yang tepat. ia bukanlah strategi yang tidak pernah terfikir oleh pembina yang lain. Tetapi ia adalah strategi yang sukar untuk direalisasikan pada sesebuah CMS. Jika benar Concrete5 ini dapat menguasai dengan baik ktegia-tiga jenis penggunaan ini, maka dunia CMS akan indah belaka, dan seluruh penduduk asal tanah CMS akan akhirnya mampu hidup saling membantu dan harmoni.
Jika!
No comments:
Post a Comment