Setiap katakunci yang menjadi sasaran kita adalah unik kepada perkataan itu sendiri. Setiap perkataan yang menjadi katakunci membawa makna yang tersendiri kepada pengguna google yang melakukan carian. Malah, dalam bahasa inggeris telah dibuktikan bahawa mereka yang melakukan carian dengan katakaunci "horse" mempunyai mindset yang berbeza dengan mereka melakukan carian dengan menggunakan katakunci "horses". Oleh yang demikian, kesesuaian iklan dan produk juga tentu berbeza untuk setiap katakunci.
Lebih mudah untuk kita menggunakan analogi papan iklan di lebuhraya. Setiap katakunci yang kita ingin sasarkan ibarat lebuhraya yang berbeza setiap satu. Ada yang menghala ke utara, ke timur. Ada lebuhraya yang dekat dengan bandar ada pula yang dekat dengan kawasan peranginan. oleh yang demikian, pengiklan seharusnya melakukan kajian sebelum dan selepas meletakkan iklan di lebuhraya yang dirasakan sesuai dengan tujuan iklan tersebut.
Contohnya lebuhraya "perniagaan internet" lebih sesuai untuk iklan yang berciri formal dan korporat. Ini kerana perkataan "perniagaan" adalah perkataan yang biasa digunakan dalam bahasa formal. Berbanding dengan lebuhraya "bisnes internet" yang mana lebih sesuai dengan bahasa iklan yang tidak formal. Pengguna lebuhraya "bisnes internet" juga lebih bersifat baru hendak bermula dan bersifat DIY berbanding pengguna lebuhraya "perniagaan internet".
Oleh yang demikian, bahasa iklan dan produk tidak semestinya sama untuk setiap katakunci.
Antara kesilapan pengguna baru perkhidmatan Google Adwords adalahgemar mengambil langkah mudah dengan hanya menggunakan satu atau dua iklan untuk sekumpulan besar katakunci.
Ini ibarat kita menggunakan iklan yang sama untuk pengguna lebuhraya "bisnes internet" yang tidak formal dengan pengguna lebuhraya "perniagaan internet" yang formal. Kemgunkinan besar pengguna lebuhraya "perniagaan internet" tidak akan berminat sama sekali dengan iklan kita. ini satu kerugian yang besar kerana setiap iklan kita hendaklah menarik perhatian pengguna carian google sehingga mereka mengklik iklan kita dan seterusnya membeli produk yang kita tawarkan.
Bagi mengatasi masalah ini, kita harus menghasilkan adgroup dan iklan tersendiri bagi setiap katakunci yang berasingan. Ini dengan sendirinya akan menetapkan minda kikta bahawa setiap katakunci adalah berlainan penggunanya dan seterusnya memfokuskan iklan kita dengan lebih tepat.
Kelebihan teknik ini adalah:
1: Menjadikan iklan kita sangat relevan dengan katakunci kita
2: Menjadikan pengguna lebih mudah dipengaruhi dengan iklan kita
3: Meningkatkan CTR iklan kita dan seterusnya merendahkan harga setiap klik (CPC) iklan tersebut.
bagi mereka yang mempunyai sumber yang lebih besar, paling sempurna jika setiap iklan tadi dicuba dengan teknik A/B Split testing dengan menjalankan percubaan berbeza tentang tajuk iklan, ayat baris pertama, ayat baris kedua malah alamt laman web yang didisplay juga boleh memain peranan yang penting.
No comments:
Post a Comment