bila sedar diri ada kekurangan, perbaikinya,
kerana otak kau itu ada
Kau kata lelaki bernafsu semata,
lelaki itu nafsu dan nafsu itu lelaki,
aku dengar: "kau lebih suci dari lelaki".
Kau kata lelaki hipokrit,
tiada satupun lelaki yang konkrit,
hey, kau pun ada janji tak terlunas lah! Cit!
Tidak, aku tidak marah, sekelumit pun tiada.
Cumanya ingin mengingatkan,
setiap yang kau kata akan kembali kepadamu,
bukan dari aku,
tetapi dari dunia dan karmamu.
Lelaki dan perempuan hanya sama pada spesisnya: manusia,
namun fikiran mereka berbeza,
kehendak mereka berbeza,
kemampuan mereka berbeza,
kebahagiaan mereka berbeza.
Dan kerana perbezaan inilah kita akan terus berkasih sayang,
(dan terus juga berperang)
No comments:
Post a Comment