"Apa cita-cita kamu?" Pernah cikgu Kamal bertanya suatu ketika dahulu. Aku jawab sepertimana budak darjah 3 yang lain:
"Saya nak jadi Ultraman!"
Dan seluruh kelas tersengih. Aku pun ikut tersengih. Rasa sungguh 'cool'.
Cikgu Kamal juga ikut tersengih.
"Kamu perlu makan banyak-banyak supaya boleh jadi besar dan jadi Ultraman Malaysia!" sambung Cikgu Kamal.
Jika Cikgu Kamal tipu dan cakap "Kamu perlu belajar bawa kapal terbang" sudah pasti aku jadi seorang juruterbang sekarang. Namun aku hanya mampu menjadi seorang yang boroi.
Ultraman yang boroi sungguh tak cool.
Jujur. Nasihat yang jujur dari soeorang pakcik gila yang menyelamatkan dunia aku kini.
"Kamu pergi universiti itu nanti, belajarlah cara untuk belajar." Kata dia sambil merenung aku tajam. Aku terkesima. Suara dia begitu jujur. Nasihat dia terus masuk ke hati aku.
Tanpa sedar aku benar-benar belajar cara untuk belajar.
Grad dengan pointer yang sekecil kuman akan menyusahkan hidup kau. Kecuali jika kau sudah belajar cara paling mudah, ringkas dan pantas untuk belajar.
Kini menjadi seorang programmer hanya kerana nasihat seorang gila.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment