Sunday, April 17, 2011

Sumber Terbuka dan Sumber Tertutup

Sumber terbuka adalah dunia yang ideal. Apa yang anda ada anda boleh guna, ubahsuai dan beri atau jual kembali kepada orang lain. Anda bebas melakukan apa sahaja dengan benda yang terbuka tadi. Kuasa di tangan anda. Fikirkan seni, robot buatan sendiri, gerakan DIY, dan yang paling popular sekali perisian Android.

Sumber tertutup pula adalah mainan kapitalis. Benda milik kita adalah terhad kepada apa yang dipersetujui semasa membeli. Jika anda membeli aplikasi Microsoft Office Home Edition, hanya tidak boleh sekali-kali menggunakannya untuk tujuan komersial. Walau menulis surat invoice kepada klien anda! Dunia sumber tertutup digambar kelam, terhad dan sempit.

Namun adakah kita betul-betul perlukan kebebasan?

Adakah kita mampu mengawal kuasa di tangan dengan sumber terbuka?

Adakah kita TAHU mengawal kuasa di tangan dengan sumber terbuka?

Jika sumber terbuka jauh lebih baik (kebebasan, kuasa dan percuma), maka kenapa sumber tertutup masih lagi menguasai dunia? Apple iPhone mengawal 70% pasaran smartphone. Microsoft masih mengawal lebih 80% pasaran PC. Jika kita betul-betul lihat pengguna yang memilih sumber tertutp, pasti kita dapat memahami majoriti pemikiran manusia di dunia ini.

Manusia itu fitrahnya lebih suka memilih jalan yang mudah. Manusia itu fitrahnya lebih suka bergantung pada orang lain. Dan kerana fitrah ini jugalah, lebih ramai daripada kita yang memilih untuk membeli jalan yang mudah dan membeli tempat bergantung berbanding kebebasan, kuasa dan percuma.

Pengajaran buat diri saya sendiri: jika ingin berbisnes, juallah produk yang selari dengan fitrah manusia. Abaikan kebebasan, kuasa dan harga total pada kebanyakan pasaran.

No comments:

Post a Comment