Monday, April 25, 2011

"Benar" itu adalah 90% Kemungkinan untuk Betul

Dengan tidak termasuk fakta tauhid, tiada satupun ilmu inferens manusia itu boleh disebut sebagai fakta yang benar jika "benar", "betul" atau "fakta" itu berasaskan pemerhatian umum atau purata daripada data kajian.

Setiap fakta ada pengecualian.
Setiap formula ada lingkungan.
Setiap kebenaran ada pengasingan.

Sebelum ini, kita percaya bahawa angsa itu semuanya putih. Tidak mungkin sama sekali angsa itu berwarna lain. Angsa di london bewarna putih. Angsa di Cina berwarna putih. Angsa yang dibela oleh Pak Samad juga berwarna putih. Jika benarlah ada angsa selain warna putih, maka kiamat semakin hampir.

Lalu mereka terjumpa angsa berwarna hitam di Australia.

Fakta sudah tidak benar. Bukan fakta lagi kini.

Warna hitam adalah warna kelabu yang tersangat gelap sebenarnya. Warna putih pula adalah warna kelabu yang tersangat cerah. Dunia kita ini begitu indah. Bukan sahaja ia penuh dengan pelbagai tahap warna kelabu, malah dihiasi pula dengan pelbagai tahap warna-warna lain.

Semoga kita dapat menikmati kepelbagaian warna dan ragam dunia ini.

No comments:

Post a Comment