Monday, May 9, 2011

Nota untuk Programmer Baru

Jika anda baru bermula dan mahu belajar programming, berhenti dan jawab dahulu soalan ini:

"Aplikasi apa yang ingin saya bina?"

Fikir dan tulis maklumat lengkap aplikasi tersebut. Lukis skrin yang akan anda sebagai pengguna lihat setiap kali butang diklik. Namakan dan catat fungsi setiap butang sehingga tiada lagi butang yang tertinggal.

Sebagai permulaan, semakin ringkas aplikasi anda semakin bagus hasilnya nanti.

Setelah itu baru kita pilih jenis programming yang akan digunakan.

Jika aplikasi anda berkisar tentang laman web, maka antara pilihan yang ada kepada adalah PHP.

Jika aplikasi tersebut lebih berkisarkan backend server, boleh cuba Python

Jika untuk diinstall pada windows, boleh cuba VB dan VB.net

Setiap aplikasi pasti memerlukan database untuk menyimpan setiap data yang diperlukan. Gunakan MySQL sebagai database pilihan.

Semua yang disebut di atas adalah mudah digunakan, banyak dokumentasi dan murah (percuma!).

Jika ada yang menasihatkan anda dengan perkataan berbunyi:


  • C

  • OOP (Object Oriented Programming)

  • NoSQL

  • Linux

  • Frameworks


Lari jauh-jauh! Itu untuk masa akan datang. Sekarang yang paling penting adalah mula dengan tutorial "Hello World" untuk setiap programming language yang anda pilih.

Bersambung ke Nota untuk Programmer Amatur

No comments:

Post a Comment